Wednesday, May 20, 2009

Bodoh!!

Dua bersaudara dirogol 9 lelaki

Oleh DJ Dolasoh
bhnews@bharian.com.my

Remaja ditinggalkan di bangsal getah berhampiran pusat perkelahan

GRIK: Hasrat dua remaja perempuan bersaudara keluar makan malam bersama teman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol secara bergilir-gilir sembilan lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin dekat sini, Rabu lalu.

Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya.


Bagaimanapun, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka.


Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di bangsal itu sehingga keesokan paginya dan berjalan kaki keluar ke jalan raya di Felda Lawin Selatan sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

Mangsa yang bersaudara sepupu sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar itu kemudian dibawa keluarga masing-masing untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kati pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut sumber, polis merampas beberapa helai pakaian dan kain yang ditemui di tempat kejadian selepas menerima laporan untuk dijadikan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, ketika ditemui di sini, semalam mengesahkan kejadian itu, berkata polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan itu.

"Dengan bantuan maklumat yang diterima daripada mangsa, polis sudah berjaya menahan tiga lelaki berusia awal 20-an di rumah masing-masing iaitu seorang Jumaat lalu dan dua pada malamnya.

"Polis masih memburu enam lagi suspek dan percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat kerana sudah mempunyai maklumat mengenai mereka," katanya.

w



Seriously? Memang nafsu macam binatang! Binatang pon tak buat macam ni tauu! Hina betul laa korang hidup as manusia. Memalukan. Kalau dah sangap sangat, pegi laaa cari orang2 yang memang tawarkan diri utk bende2 mcm ni. Bukan budak2 yg clueless diorg akan hilang bende diorang have been keeping for years. Bodoh laa korang ni. Pergi la mati. Tau nak dyok je. Dosa pahale sume letak tepi.

Patot bagi hukuman kasi je kat perogol2 ni. Bia insaf siket. Bodoh. Akal letak kat bontot, mcm ni laa jadi. Perghhh. PANAS!!! PANAS!!!

Kepade perempuan2 di luar sane, berhati2 laa lepas ni. jgn mudah percaya kat orang. Memang ade certain things yang akan jadi even kite take a lot of prevention actions. Tapi at least kite cube utk elak bende tu jadi. Kan? Kan?

kalau aku jumpe, memang heret bawak tempat penyembelihan laa 9beruk tuh. Heh


rredits to Berita Harian online

Saturday, May 16, 2009

pathetic

I used to hate this particular girl.
She had no friend, she was nothing, but she bragged a lot.
We sat next to each other, and I hated her throughout that year.
One day, she got sick and vomitted during the exam.
I helped her, and almost everyone know how I dislike, or more to hate her at that time.
And I was quite angry when they made fun out of me helping that girl. I wonder.
I was so angry that I scolded back at her when she thanked me.
I was horrible. I was over the top.
Even I did that, those people continued to tease me, not in a good way definitely.
I blamed that girl for everything.

I feel bad. Really bad. I am just awful. Blergh

I'm the kind that trust what people say about another person easily. Yes, I do.
And I think I have had enough of that.

I think you should stop telling me bad stories about other people, but you'd act like you are the angel in front of that person, and I will get the bad award for showing how I dislike that someone, for reasons that might be reasonable or just nothing.

Pathetic. Nuff said.
Just so you know, I have had enough. You guys aren't angelic either, why talking like I am the only devil?
So not cool. Blerghh

Bye