Saturday, March 27, 2010

Arwah ayah aku pernah kata, orang yang berjaya dan menang adalah orang yang sabar. Biarlah kalah dengan orang, tak heran. Sebab kekalahan paling teruk adalah bila kita kalah dengan diri sendiri.

Besarnya ujian Tuhan. Hebatnya dugaan. Hebat kuasa Tuhan. Tapi still ada yang rasa dia lebih hebat dari Tuhan. Awak mesti tak tengok bumi Tuhan ni betul2. Subhanallah!

Cukup ke kita lepaskan kemarahan dan dendam dengan:
- mengutuk orang?
- menghina orang?
- memfitnah orang?
cuba tengok betul-betul, cuba kaji betul-betul. Senyuman yang terukir tanda kepuasan tu betul-betul menyenangkan ke? Betul-betul memuaskan ke? Tak ade sekelumit rasa serba salah ke? Kalau betul-betul menyenangkan dan memuaskan, dan awak tak rasa serba salah langsung, there is probably something missing in you, dan benda tu sangat penting sebab ia asas kepada semua kebaikan. percayalah cakap saya. Saya tak tipu awak.

Saya memang tak baik, saya banyak buat benda jahat. Tapi setiap hari saya akan nilai diri saya, bezakan dengan keadaan sekeliling. Saya bodoh selalu ikut perasaan. Awak jangan ikut saya. Selagi kita hidup, pintu taubat dan keinsafan Allah buka seluas-luas alam. Adil sungguh kan Tuhan? Allahuakbar! Setinggi gunung atau bajaran apa pun dosa kita, Tuhan tetap bagi peluang kita bertaubat. Sekarang, cuba bagi tahu dekat mana tak adilnya Tuhan macam yang awak cakap?

Awak cakap orang bitch,penipu dan segala bagai, tapi awak tengok tak awak tengah buat benda yang sama? Apa bezanya awak dengan description melampaui realiti tentang orang tu?

Betul, aku tak sempurna. Betul aku tak pernah tak buat macam tu. Sebab tu lah adanya konsep tolong sesama muslim. Tolong ada dalam banyak segi. Tolong beri nasihat and pandangan pun termasuk. Bila aku buat sesuatu, aku tak nampak salah dia. Bila orang yang tegur salah aku, aku akan percaya dan dengar.tak kiralah dia baik ke jahat ke hina ke ape ke. Kenapa? sebab kita yang melihat benda ni dari luar nampak masalah tu dari sudut berbeza daripada orang yang mengalami dan merasai. Kan? Jadi, bila ada orang tegur, jangan balas dengan "KAU INGAT KAU BAGUS SANGAT? BAIK SANGAT KE KAU TAK PERNAH BUAT DOSA MACAM TU?". Jangan! Sebab orang tu mesti ada point dan kita tak selalu practice what we preach sebab orang yang melihat lain persepsinya dengan orang yang merasa. Ingat tu. Banyak tindakan manusia berasakan emosi dan bukan minda. Tak apa buat salah, sekurang-kurangnya kita dpt belajar sesuatu dan tak ulang kesilapan tu.

Bila rasa down, carilah Allah. Dia lah tempat mengadu yang paling bagus dan berkesan.
Sebelum tidur, maafkan semua orang disekeliling awak, sebab kita tak tahu bila nyawa kita akan ditarik dan tiada manusia yang akan mahu menanggung bebanan dosa marah dekat orang. Percayalah.

Saya tulis ni bukan apa, untuk peringatan saya di masa hadapan dan untuk sesiapa yang di luar sana yang tengah berhadapan dugaan terhebat dalam hidup. Tak apa. Dugaan buat kita matang

jaa, ttyl
Assalamualaikum