Monday, June 28, 2010

of animal cruelty

watch this



This is so sad. Tak faham manusia yang tak boleh tolerate dengan haiwan. Manusia bkn dituntut buat baik sesame manusia je,tp dengan semua ciptaan Allah yang ada, haiwan ke, alam sekitar ke. Ramai org slalu terlepas pandang and pay attention dkt manusia n anggap haiwan n alam sekitar mcm takde ape2. Tunggulah kat akhirat nanti, terperanjat beruk dengar haiwan n alam sekitar yang kite rosakkan berckp bg pihak kita yang akan bisu nnt

Aku paling benci orang dera atau cederakan binatang. aku rase orang tu sgt takde life. haiwan ni takkan melawan kalau die rase terancam. Macam video kat atas, kaki kucing ni kene potong sbb curi ikan. Hei!! Paling tinggi pon takutkan lah dengan hentak kaki ke penyapu ke kat lantai, tak payah sampai cederakan die mcm tu sekali.

kat rumah aku ni ade sekor kucing yg duduk dalam rumah, iaitu simba. Simba ni dididik utk mkn mknn kucing je. bagi lah die mkn ayam goreng ke,ikan goreng ke sosej ke, paling tinggi die jilat je, and takkan makan. Ade lagi 2 ekor kucing yang dok luar, diorang ni anak beranak, emak die Oren, anak die Garfield. Oren ni datang rumah aku dlm tahun lepas. Mase tu die kurus sgt, tp bulu die bersih. kemungkinan besar die kene buang dgn tuan dia. Oren ni super friendly and manja, which is kontra sungguh dgn simba yg sgt memilih and layan org yg die kenal jeh. Oren pernah beranak 2 kali. Yang first tu die dpt 5 kitten, semua jantan, tapi Garfield je yang survive. Oren sorakkan anak die yg 4 tuh, and probably lupe sbb tetiap hari die mengiau mcm meroyan carik anak die. Second time tuh, die dpt 2 anak lagi, seko jantan, seko betina. Yang betina tu mati sbb antibody tak kuat, while yang jantan tuh lari ikut kucing yg aku jumpa. Harap2 diorg selamat. Oren dgn Garfield ni pelik, walaupon aku bg die mknn kucing yg sedap2 (royal canin/blackwoods) diorg akan tetap nak mkn sampah lepas mkn mknn kucing tuh. Asal masuk rumah, mesti makan. Habis besepah dapur sbb diorg jatuhkan tong sampah. Tapi saba je lahh, kasik je lah can. Lagipun just kne masukkan blk sampah n lap keliling tuh. Tapi tetiap ari aku lecture, mmg tak masuk otak betul bebudak ni. Takpelah. Nasib baek kau kucing,aku bg can. Hehehehe

Dah ditulis dalam al-Qur'an manusia ni sebagai ciptaan yang paling sempurna, tak salah gunekan kesempurnaan tuh utk tolong ciptaan Allah yang lain yang tak sesempurna manusia. Haiwan ni sebenanye helpless n perlukan bantuan manusia, aku tak faham kenape tak boleh nak fight for their rights. susah betul

Dulu, mase tu tak bela Simba lagi. Mak aku ternampak ade sekor kucing ni terbaring, nampak mcm dah mati, tapi bile tgk bebtul die bernafas. Mak aku pelik lah kenape die baring je. Bile pegi dekat, nangis mak aku tgk. Half of the face hancur n melting. Kemungkinan besar kena simbah dgn air panas atau minyak panas. Darah die mengalir. Die pandang je mak aku, and mengiau slow je. Kesian. Manusia mane yang sanggup buat macam tuh? Kalau nak halau or marah pon, cukup lah dengan kau hentak kaki, sebatu kucing lari sbb takut. Tak payah buat benda yang seksa die mcm tuh. Sedih aku

Dulu aku selalu terlepas dari doakan untuk mereka selain manusia setiap kali lepas solat, tapi skrg aku masukkan semua ciptaan Tuhan dalam doa aku, bukan ape, aku rase the least I can do is to pray for them non-stop. Kan? Susah nak bg sumbangan, bagi doa lah yang paling mudah

Sobs. Emo tak tentu pasal pulakk.

jaa, ttyl
Assalamualaikum